Terma dan Syarat Sebagai Dropshipper Hijab Galeria

 

  • DS HG tidak dibenarkan untuk mempromosi atau komen atau update stok di page Facebook atau Intagram Hijab Galeria. DS HG juga dilarang sama sekali untuk pm(personal message atau direct message) satu-satu customer yg komen di page Fb/ig Hijab Galeria.

  • DS HG digalakkan marketing di luar page Fb/ig Hijab Galeria. DS HG dilarang untuk memperkenalkan diri di post-post Hijab Galeria sama ada di Fb atau Ig.

  • Untuk pendaftaran sebagai DS, anda perlu log out dahulu sekiranya sudah sign in sebagai member Hijab Galeria. Seterusnya anda perlu register akaun baru dengan dengan klik pada Agent Register/ Dropship Registration.

  • Di butik tiada harga DS. Mana-mana DS HG yang membuat pembelian di butik tidak akan dapat harga dropshipper. Harga dropshipper hanya boleh didapati melalui website rasmi Hijab Galeria iaitu hijabgaleria.my . Dari website tersebut DS HG terus klik produk-produk yang customer anda pilih dan DS HG terus bayar dengan harga dropshipper(website sudah display harga dropshipper selepas DS log in).

  • Selepas selesai pendaftaran, pastikan anda sudah ada/install apps > Telegram dan tekan link di bawah, dan join channel ini untuk hebahan info,katalog dan tutorial DS HG. (Sila pastikan telefon yg berdaftar untuk DS HG sudah ada apps Telegram. 


    Info dan Tutorial DS HG : https://t.me/joinchat/AAAAAFTu-0N1YDSYBf5XYg
    Katalog produk Hijab Galeria : https://t.me/joinchat/AAAAAEd5JnIRRCgkMMZwGA


  • Pihak pengurusan HG akan menjalankan tapisan(filtering) utk mana-mana DS HG yang tidak aktif, dalam masa 3 bulan sekali dan juga minimum jumlah jualan untuk 3 bulan adalah RM100, untuk kekal sebagai DS HG. Mana-mana DS HG yang tidak aktif selama 3 bulan atau jumlah jualan kurang dari RM100 dalam masa 3 bulan, dianggap tidak aktif dan akan dikeluarkan dari team DS HG.

  • Semua DS HG tidak dibenarkan mengambil ajen bawahan atau Anak DS untuk mempromosikan produk-produk HG. (untuk DS yang sudah ada ajen bawahan atau anak ds, produk HG perlu dikecualikan untuk dipromosikan. Sebab terma dan syarat yang dipersetujui ini adalah di antara pihak Hijab Galeria dan DS yang berdaftar sahaja, bukan ajen-ajen lain di bawah DS HG.

  • Harga jualan yang diletakkan oleh DS HG tidak boleh rendah daripada harga jualan yang diletakkan oleh Hijab Galeria.

  • Pihak pengurusan berhak menggugurkan mana-mana DS HG serta merta sekiranya didapati menggunakan ayat kurang sopan dengan pihak Hijab Galeria atau pelanggan HG, block whatsapp customer atau tidak boleh uruskan pelanggan dengan baik dan melakukan penipuan dalam urusan jual beli. Pihak pengurusan juga berhak menggugurkan mana-mana DS HG tanpa sebarang notis.

  • "No Urgent Order" mohon DS HG maklumkan terlebih dahulu masa penghantaran barang pada customer iaitu mungkin akan mengambil masa 2-7 hari bekerja (tidak termasuk sabtu dan ahad kerana tiada pengeposan pada hari sabtu dan ahad) supaya customer anda lebih bersedia.

  • Mohon untuk DS HG selesaikan baki wang customer terlebih dahulu sebelum buat order pelanggan dalam website HG (sekiranya customer terlebih bank in duit). Pihak HG tidak bertanggungjawab atas lebihan duit pelanggan yang berurusan dengan DS HG.

  • Apabila anda sudah selesai order di dalam website dan sudah selesai pembayaran FPX, tiada lagi perubahan atau penambahan pada item atau alamat pelanggan.

  • Admin HG akan update/berikan tracking number poslaju pada anda melalui email yang anda daftar dalam Dropship Registration. Seterusnya anda bertanggungjawab untuk update(inform) pada customer anda berkenaan tracking number tersebut. Tracking number akan update melalui email dari HQ.

  • Untuk item refund (sekiranya ada masalah parcel atau isu2 lain dan customer ingin refund semula duit), tiada komisen diberikan untuk item refund tersebut.

  • Semua DS HG tidak boleh menggunakan perkataan seperti hijabgaleria atau dshijabgaleria/(nama) atau dshijabgaleria/ (nama)_dshijabgaleria atau apa-apa sahaja yang ada perkataan hijabgaleria dlm nama fb/ig anda. Walaubagaimanapun, tiada halangan utk letak "Official DS Hijab Galeria" contohnya pada profile instagram anda. Penggunaan logo HG/brand Hijab Galeria/logo Hijab Galeria juga tidak dibenarkan. Sila guna logo/branding anda sendiri. Isu yg ditekankan sekarang adalah penggunaan nama. ini adalah bertujuan menggalakkan DS HG untuk menaikkan nama atau brand sendiri untuk pasarkan produk dan juga menggalakkan DS HG utk mempromosikan produk di luar page FB HG dan ig HG dan mengelakkan customer daripada keliru antara DS HG dan HQ.

  • Semua DS HG tidak dibenarkan untuk mempromosikan diri sendiri di page Fb Hijab Galeria atau Instagram HG. Pihak pengurusan berhak untuk “ban” mana-mana DS yang berbuat demikian di page Fb dan Ig HG.
  • Pihak pengurusan berhak untuk mengubah atau menambah segala peraturan dan terma DS HG dari semasa ke semasa.

  • Sekiranya mana-mana DS yang tidak bersetuju dengan terma dan syarat di atas anda, secara automatik akan digugurkan dari Team DS Hijab Galeria(sekiranya sudah daftar sebagai DS HG) dan tidak lagi berhak mendapat komisen atas belian produk HG dari customer anda. Tiada pemulangan wang pendaftaran RM 10.00, sekiranya anda tidak lagi aktif atau dilucutkan dari DS HG. Wang pendaftaran juga digunakan untuk 1 log in ID sebagai DS HG sahaja.

Saya akur akan dikenakan tindakan, lesen sebagai wakil jualan (dropshipper / ajen) akan ditarik serta merta oleh pihak Hijab Galeria sekiranya saya melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Yuran komitmen RM 10 (untuk 1 login ID DS HG shj, dan tidak akan dikembalikan /refund)

Dengan meneruskan untuk menjadi salah seorang ajen / dropshipper Hijab Galeria, saya bersetuju dengan semua Terma dan Syarat Dropshipper Hijab Galeria seperti di atas.